Saturday 4 July 2015

Mad About Coco : Bukan Sekadar Coklat


Berita baik buat peminat coklat. Juga berita baik buat kamu yang tak minat coklat kerana Mad About Coco bukan sahaja menyajikan hidangan bercoklat, tetapi kamu juga boleh menikmati hidangan-hidangan yang lain. Mari baca lebih lanjut.

#1 oklah mula-mula bila sampai, terus order makanan dekat kaunter. Tanpa membelek menu pun kita boleh tengok apa-apa promosi yang menarik melalui kaunter sahaja.


#2 Kalau promosi dekat kaunter tak cukup, boleh lah bukak menu. Bermacam-macam pilihan untuk hidangan utama macam spaghetti, lasagna dan makanan barat yang lain.


#3 Minuman pun terdapat dalam minuman ringan seperti teh, minuman berkarbonat dan jus.


#4 Coco Bolognaise ini berharga RM19.08 termasuk cukai. Boleh mintak nak pedas atau kurang pedas. Memang sedap dan mesti cuba.


#5 Chocolate Banana Crepe ini berharga RM26.50 termasuk cukai. Memang sesuai sebagai pencuci mulut selepas menikmati makanan yang pedas seperti di #4. Boleh terasa keenakan koko dan kacang hazel yang rangup.


#6 Untuk seimbangkan dengan rasa berlemak di nombor #5, jadi ambiklah minuman bersoda. Untuk makluman, minuman ini tanpa gula. Perisa Lemon & Lime Bitter berharga RM12.72 termasuk cukai.


#7 Jadi inilah jumlah kesemua makanan diatas RM61.20. Sekali sekala bolehlah. Kalau selalu memang bengkoklah.



#8 Beberapa koleksi gambar dalam restoran. Kerusi dan meja makan yang lengkap dengan menu dan kotak kutleri.


#9 Siap ada lagi buku tau. Kalau rajin dan sempat sementara nak tunggu makanan sampai bolehlah membaca. Tapi dengan zaman kecanggihan gajet ini agak-agak berapa ramailah yang akan membaca ye?


#10 Hiasan dalaman yang cantik dan terasa seperti berada dirumah.


#11 Boleh juga check in dekat Instagram mereka Mad About Coco. 


#12 Beberapa hiasan di dinding.


#13 Mad About Coco dari luar. 


Jadi buat yang teringin menikmati beberapa hidangan yang bukan sekadar koko bolehlah pergi seperti alamat dibawah :

A1-1-9, Publika Mont Kiara, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Jika ingin membuat tempahan bolehlah hubungi : 03 - 2035 5818

Untuk pengetahuan, Mad About Coco beroperasi setiap hari dari 11:30 pagi hingga 11:30 malam.

Ok. Semoga enjoy :)

4 comments: